Sunday, May 30, 2010

CARA TIDUR IKAN LUMBA-LUMBA YANG UNIK



Ikan lumba-lumba boleh tidur dengan menutup salah satu mata serta merehatkan separuh otaknya. Dengan cara ini, ia dapat menjaga dan mengelakkan diri daripada sebarang bahaya.

MENGAPA EKOR KANGGARU BESAR?



Tahukah adik-adik mengapa ekor kanggaru mempunyai ekor yang besar? Ini adalah kerana ekor yang besar akan memudahkan kanggaru untuk mengimbangi badannya ketika melompat ataupun duduk.

PETIR



Petir akan muncul sewaktu hujan.Adik-adik nak tahu macam mana petir terjadi?
Petir terjadi apabila awan yang mempunyai elektron negatif bergeser dengan elektron positif.
Petir boleh menghasilkan kuasa elektrik untuk negara sebesar Amerika Syarikat. Oleh itu,ibu selalu berpesan agar kami duduk di rumah apabila waktu hujan.
Hmm..adik-adik pun ya? Jangan keluar bermain sewaktu hujan.

Sumber: Sayang Muslim Isu March 2010

BINATANG TERBANYAK DI BUMI



Cacing merupakan binatang terbanyak di muka bumi,iaitu lebih kurang 40,000,000,000,000,
000,000,000,000,ekor yang sedang bergerak sana sini ketika ini!

Sumber:Disney Princess Isu 27

BULAN


Adik-adik suka tak tengok bulan pada waktu malam? Cantikan ?

Cahaya bulan juga terang.Tapi adik-adik tahu tak yang bulan tidak mengeluarkan cahaya. Cahaya bulan berasal daripada pantulan cahaya matahari.Bulan bergerak mengelilingi bumi dan bulan tidak mempunyai udara tau! Oleh itu, tiada sebarang bunyi pun yang boleh didengari di bulan. Disebabkan putarannya mengelilingi bumi, bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah bumi yang mengelilingi matahari.

Sumber: Syang Muslim Isu April 2010

Otot Ulat Bulu



Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot tetapi tahukah adik-adik yang ulat bulu yang hanya sebesar jari manusia mempunyai lebih 4000 otot.
Wah, banyaknya!!

Sumber: Disney Princess Isu 27

Asal Usul Nama Rafflesia



Nama bunga Rafflesia diambil sempena nama Stamford Raffles, pengasas Singapura. Rafflesia merupakan bunga terbesar di dunia yang dijumpai oleh Stamford Raffles ketika beliau memasuki hutan hujan di Malaysia.

Sumber:Disney Princess Isu 27

TAMBAHAN INFO OLEH UMMU ZIZA

Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Walaupun mengambil masa 9 hingga 15 bulan untuk mekar, jangka hayat bunga rafflesia hanya tujuh hari sebelum mati.
Bunga ini hanya tumbuh di Borneo dan Sumatera, ditemui Stamford Raffles beberapa kurun yang lalu.Bunga ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong untuk melihat dari dekat keunikan bunga Rafflesia.

BAHAYA DI SEBALIK KECANTIKAN RAFFLESIA

Sila baca di sini

Aaaa-chOOMMM ! , ALHAMDULILLAH!!!


Pernahkah adik-adik terbersin?
Sudah tentu kan, kerana setiap manusia pasti akan terbersin. Kita terbersin ketika cuaca sejuk, terhidu bau wangi, habuk dan sebagainya. Tahukah adik-adik ketika kita bersin, kelajuannya boleh mencapai 160 kilometer sejam, iaitu lebih laju daripada kelajuan seekor harimau bintang. Apabila terbersin, kita pasti akan memejamkan mata, jika tidak mata kita boleh terkeluar!

Sumber: Disney Princess Isu 27