Sunday, October 31, 2010

Besar Tetapi Pantas





Burung unta merupakan burung terbesar . Tidak boleh terbang tetapi boleh berlari dengan pantas sehingga 70 kilometer per jam . Mempunyai dua jari di kakinya . Satu jarinya jauh lebih besar berbanding jari yang satu lagi . Telur burung unta sangat kuat dan keras . Orang di kawasan gurun menggunakan kulit telur burung unta sebagai gelas minuman .

Sumber : Aulad isu 99
November 2010

Saturday, October 23, 2010

Adab bersedekah



Sedekah bukan sahaja terhad kepada wang ringgit tetapi adik - adik boleh juga memberi makanan ,  pakaian dan sebagainya kepada fakir miskin .

Antara adab - adab bersedekah ialah :

Bersedekah dengan ikhlas semata - mata kerana Allah SWT .

Utamakan sedekah secara sembunyi kerana dapat menjauhkan dari sifat riak dan menjaga kehormatan dan harga diri si fakir yang menerimanya.

Mendermakan apa yang termampu walaupun sedikit.

Memberikan sedekah dengan wajah yang berseri - sseri sebagai tanda suka dan gembira melakukannya.

Sumber : Ana Muslim isu 57
Disember 2010

Ikan Salmon

Adik-adik suka makan ikan tak ? Kalau adik - adik nak tahu , ikan kaya dengan protein . Di Amerika Utara ada sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar dan masin . Nak tahu ikan apa ? Itulah ikan salmon . Anak ikan salmon lahir dalam sungai tetapi membesar di laut . Keunikan ikan salmon ialah ia akan kembali ke tempat lahirnya untuk bertelur dan akhirnya mati di situ.

Semasa dalam perjalanan ke sungai dari laut , banyak lintangan yang ditempuh . Ikan salmon terpaksa berenang di celah batu - batu karang , melawan arus , mendaki air terjun dan melalui haiwan pemangsa seperti burung , singa laut dan beruang . Kerana lintangan maka hanya sedikit sahaja ikan salmon yang berjaya ke hulu sungai  .

Begitulah kitaran hidup ikan salmon . Ikan salmon memberi pelajaran kepada kita supaya tidak mengenal
erti putus asa dalam mencapai matlamat hidup  .

Sumber : Ana muslim isu 57
December 2010

Sunday, October 3, 2010

"Perfume"


Perkataan perfume atau minyak wangi berasal daripada bahasa Latin iaitu "per" bermaksud merebak dan "fume" bermaksud asap .

Sumber : Celik isu 46
Oktober 2010

Burung Sepah puteri merah


Burung istimewa ini mudah di jumpai di kawasan kampung , dusun buah - buahan , taman bunga dan pinggir hutan .Ia tergoloong dalam keluarga Dicaiedae dan merupakan salah satu daripada burung yang terkecil di negara ini . Panjang badannya kira-kira empat hingga lima sentimeter dan berat badannya tidak melebihi 10 gram.

Sumber : Celik isu 46

Sunday, August 29, 2010

Jarak antara Zuhal dan Matahari


Planet Zuhal merupakan keenam daripada matahari. Jarak antara Zuhal dan matahari ialah 1,427 juta kilometer

Sumber: Celik isu 45

Bahasa di dunia

Bahasa merupakan salah satu medium pengantara untuk manusia saling berkomunikasi.Terdapat lebih daripada 5,000 jenis bahasa di dunia. Masyarakat di India sahaja bertutur lebih daripa 800 jenis bahasa.

Sumber : Celik isu 45

Ketam


Ketam mempunyai kepala dan badan yang ditutup dengan cengkerang keras. Sepitnya yang besar digunakan untuk melindungi diri dan mencari makanan. Ketam berjalan dengan empat pasang kaki dalam keadaan mengiring. Ketam suka memakan bangkai - bangkai haiwan yang ada di dasar laut.

Sumber : Aulad isu 97