Saturday, October 23, 2010

Ikan Salmon

Adik-adik suka makan ikan tak ? Kalau adik - adik nak tahu , ikan kaya dengan protein . Di Amerika Utara ada sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar dan masin . Nak tahu ikan apa ? Itulah ikan salmon . Anak ikan salmon lahir dalam sungai tetapi membesar di laut . Keunikan ikan salmon ialah ia akan kembali ke tempat lahirnya untuk bertelur dan akhirnya mati di situ.

Semasa dalam perjalanan ke sungai dari laut , banyak lintangan yang ditempuh . Ikan salmon terpaksa berenang di celah batu - batu karang , melawan arus , mendaki air terjun dan melalui haiwan pemangsa seperti burung , singa laut dan beruang . Kerana lintangan maka hanya sedikit sahaja ikan salmon yang berjaya ke hulu sungai  .

Begitulah kitaran hidup ikan salmon . Ikan salmon memberi pelajaran kepada kita supaya tidak mengenal
erti putus asa dalam mencapai matlamat hidup  .

Sumber : Ana muslim isu 57
December 2010

No comments:

Post a Comment