Thursday, July 1, 2010

Kambing haiwan ternakan

Kambing adalah sejenis haiwan mamalia, membiak secara melahirkan anak dalam jumlah satu hingga tiga ekor. Kambing menyusukan anaknya dan dipelihara untuk tujuan ternakan.


Kambing diternak di kawasan beriklim sederhana seperti di Malaysia. Terdapat juga spesis kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit yang dipanggil kambing gurun dan merupakan spesis yang dilindungi.


Kambing haiwan pemakan daun yang meragut rumput atau memakan pucuk tumbuhan. Seekor kambing dewasa boleh makan sehingga empat hingga lima kilogram rumput sehari.


Selain diternak untuk mendapatkan daging, susu kambing juga diproses untuk pelbagai produk yang lain seperti susu. Susu kambing sangat berkhasiat jika dibandingkan dengan spesis ternakan yang lain seperti lembu atau unta. Susu kambing yang sesuai untuk semua lapisan umur. Susu kambing mempunyai protein, enzim, vitamin D untuk menguatkan tulang dan vitamin A yang baik untuk mata.


Pada masa ini, susu kambing semakin dikormersialkan dengan penghasilan bahan-bahan kosmetik seperti sabun, syampu, krim muka dan lain-lain.


Sumber: Celik isu 43