Sunday, August 29, 2010

Jarak antara Zuhal dan Matahari


Planet Zuhal merupakan keenam daripada matahari. Jarak antara Zuhal dan matahari ialah 1,427 juta kilometer

Sumber: Celik isu 45

Bahasa di dunia

Bahasa merupakan salah satu medium pengantara untuk manusia saling berkomunikasi.Terdapat lebih daripada 5,000 jenis bahasa di dunia. Masyarakat di India sahaja bertutur lebih daripa 800 jenis bahasa.

Sumber : Celik isu 45

Ketam


Ketam mempunyai kepala dan badan yang ditutup dengan cengkerang keras. Sepitnya yang besar digunakan untuk melindungi diri dan mencari makanan. Ketam berjalan dengan empat pasang kaki dalam keadaan mengiring. Ketam suka memakan bangkai - bangkai haiwan yang ada di dasar laut.

Sumber : Aulad isu 97

Burung Pipit menyelamatkan semut

Burung Pipit terbang dari pokok ke pokok. Tiba- tiba Burung Pipit ternampak semut dibawa arus. Burung Pipit tolong selamatkan semut. Semut ucap terima kasih kepada Burung Pipit.

Sumber:Aulad isu 97

Saturday, August 14, 2010

Rama - rama

Pernahkah adik-adik perhatikan rama-rama? 
Coraknya yang beragam dan berwarna-warni pasti menarik hati. Tetapi, tahukah adik-adik  dari mana rama-rama berasal? Kalau adik-adik nak tahu, rama rama berasal dari ulat yang nampak menjijikkan dan lemah. Bagaimanapun seekor ulat yang menjijikkan dan lemah itu mampu bertukar seekor rama-rama yang indah dan mempersona.

Adik-adik, untuk menjadi seekor rama-rama. seekor ulat perlu menjalani proses metamorfosis. Sepanjang proses ini, ulat akan berpuasa, Ia akan membungkus dirinya dalam kepompong. Setelah beberapa lama dalam kepompong, maka lahirlah seekor rama-rama. Begitulah rama-rama, dengan piasa yang dijalaninya, ia mampu merubah wajah. Itulah makna puasa bagi rama-rama. Jadi sepanjang bulan ramadhan ini, adik-adik kenalah berpuasa ya!

Sumber: Ana Muslim isu 54

Thursday, August 12, 2010

Halusnya!


Adik-adik pernah melihat kabus, bukan? Biasanya, kabus muncul pada awal waktu pagi  atau selepas berlaku hujan lebat pada waktu tengah malam membawa ke subuh. Tahukah adik-adik titisan kabus itu amat seni atau halus, sehingga 7 bilion titisan kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh sahaja.


Sumber: Kuntum isu November/Disember

Eh! Betulkah begitu?

Adik-adik sering mendengar atau melihat di kaca televisyen tentang kejadian gempa bumi, yang berlaku di seluruh dunia. Tahukah adik-adik, sebenarnya menurut kajian planet Bumi yang kita duduki ini mengalami 50 ribu kali gempa bumi setiap tahun? Ee....Takutnya!


Sumber: Kuntum Novenber/Disember 2009

Wow,lajunya

Adik-adik pernah naik 'roller coaster'?Memang menakutkan bagi sesiapa yang belum pernah menaikinya kerana ia bergerak berpusing-pusing, pada kelajuan yang tinggi. Itulah sebabnya kita sering terdengar jeritan dan pekikan daripada mereka yang menaikinya.Namun,tahukah adik-adik 'roller-coaster' yang paling pantas di dunia ialah yang terletak di West Millen,Pennsylvania,Amerika,dengan kelajuan 129km/ 1jam!Wow,memang dahsyat tu               

Sumber :Kuntum November/Desember 2009

Wednesday, August 11, 2010

JOM BERTERAWIH (4)

KEPENATAN BERPUASA (3)

Adakah adik-adik pun penat berpuasa macam Upin & Ipin? Insyaallah, penat pun ada ganjaran pahalah dari Allah. Ikutilah cerita seterusnya...

DUGAAN BERPUASA (2)

Bulan puasa ini memang banyak dugaan. Lihatlah bagaimana gelagat Upin dan Ipin menjalani ibadah puasa pada hari pertama. Adik-adik berpuasa tak hari ini?


SELAMAT BERPUASA (1)

Selamat menyambut bulan Ramandhan. Mari kita saksikan bagaimana gelagat Upin & Ipin bila bersahur.