Sunday, October 31, 2010
Besar Tetapi Pantas
Burung unta merupakan burung terbesar . Tidak boleh terbang tetapi boleh berlari dengan pantas sehingga 70 kilometer per jam . Mempunyai dua jari di kakinya . Satu jarinya jauh lebih besar berbanding jari yang satu lagi . Telur burung unta sangat kuat dan keras . Orang di kawasan gurun menggunakan kulit telur burung unta sebagai gelas minuman .
Sumber : Aulad isu 99
November 2010
Saturday, October 23, 2010
Adab bersedekah
Sedekah bukan sahaja terhad kepada wang ringgit tetapi adik - adik boleh juga memberi makanan , pakaian dan sebagainya kepada fakir miskin .
Antara adab - adab bersedekah ialah :
Bersedekah dengan ikhlas semata - mata kerana Allah SWT .
Utamakan sedekah secara sembunyi kerana dapat menjauhkan dari sifat riak dan menjaga kehormatan dan harga diri si fakir yang menerimanya.
Mendermakan apa yang termampu walaupun sedikit.
Memberikan sedekah dengan wajah yang berseri - sseri sebagai tanda suka dan gembira melakukannya.
Sumber : Ana Muslim isu 57
Disember 2010
Ikan Salmon
Adik-adik suka makan ikan tak ? Kalau adik - adik nak tahu , ikan kaya dengan protein . Di Amerika Utara ada sejenis ikan yang boleh hidup di air tawar dan masin . Nak tahu ikan apa ? Itulah ikan salmon . Anak ikan salmon lahir dalam sungai tetapi membesar di laut . Keunikan ikan salmon ialah ia akan kembali ke tempat lahirnya untuk bertelur dan akhirnya mati di situ.
Semasa dalam perjalanan ke sungai dari laut , banyak lintangan yang ditempuh . Ikan salmon terpaksa berenang di celah batu - batu karang , melawan arus , mendaki air terjun dan melalui haiwan pemangsa seperti burung , singa laut dan beruang . Kerana lintangan maka hanya sedikit sahaja ikan salmon yang berjaya ke hulu sungai .
Begitulah kitaran hidup ikan salmon . Ikan salmon memberi pelajaran kepada kita supaya tidak mengenal
erti putus asa dalam mencapai matlamat hidup .
Sumber : Ana muslim isu 57
December 2010
Semasa dalam perjalanan ke sungai dari laut , banyak lintangan yang ditempuh . Ikan salmon terpaksa berenang di celah batu - batu karang , melawan arus , mendaki air terjun dan melalui haiwan pemangsa seperti burung , singa laut dan beruang . Kerana lintangan maka hanya sedikit sahaja ikan salmon yang berjaya ke hulu sungai .
Begitulah kitaran hidup ikan salmon . Ikan salmon memberi pelajaran kepada kita supaya tidak mengenal
erti putus asa dalam mencapai matlamat hidup .
Sumber : Ana muslim isu 57
December 2010
Sunday, October 3, 2010
"Perfume"
Perkataan perfume atau minyak wangi berasal daripada bahasa Latin iaitu "per" bermaksud merebak dan "fume" bermaksud asap .
Sumber : Celik isu 46
Oktober 2010
Burung Sepah puteri merah
Burung istimewa ini mudah di jumpai di kawasan kampung , dusun buah - buahan , taman bunga dan pinggir hutan .Ia tergoloong dalam keluarga Dicaiedae dan merupakan salah satu daripada burung yang terkecil di negara ini . Panjang badannya kira-kira empat hingga lima sentimeter dan berat badannya tidak melebihi 10 gram.
Sumber : Celik isu 46
Tuesday, September 7, 2010
Sunday, August 29, 2010
Jarak antara Zuhal dan Matahari
Planet Zuhal merupakan keenam daripada matahari. Jarak antara Zuhal dan matahari ialah 1,427 juta kilometer
Sumber: Celik isu 45
Bahasa di dunia
Bahasa merupakan salah satu medium pengantara untuk manusia saling berkomunikasi.Terdapat lebih daripada 5,000 jenis bahasa di dunia. Masyarakat di India sahaja bertutur lebih daripa 800 jenis bahasa.
Sumber : Celik isu 45
Sumber : Celik isu 45
Ketam
Ketam mempunyai kepala dan badan yang ditutup dengan cengkerang keras. Sepitnya yang besar digunakan untuk melindungi diri dan mencari makanan. Ketam berjalan dengan empat pasang kaki dalam keadaan mengiring. Ketam suka memakan bangkai - bangkai haiwan yang ada di dasar laut.
Sumber : Aulad isu 97
Burung Pipit menyelamatkan semut
Burung Pipit terbang dari pokok ke pokok. Tiba- tiba Burung Pipit ternampak semut dibawa arus. Burung Pipit tolong selamatkan semut. Semut ucap terima kasih kepada Burung Pipit.
Sumber:Aulad isu 97
Sumber:Aulad isu 97
Saturday, August 14, 2010
Rama - rama
Pernahkah adik-adik perhatikan rama-rama?
Coraknya yang beragam dan berwarna-warni pasti menarik hati. Tetapi, tahukah adik-adik dari mana rama-rama berasal? Kalau adik-adik nak tahu, rama rama berasal dari ulat yang nampak menjijikkan dan lemah. Bagaimanapun seekor ulat yang menjijikkan dan lemah itu mampu bertukar seekor rama-rama yang indah dan mempersona.
Adik-adik, untuk menjadi seekor rama-rama. seekor ulat perlu menjalani proses metamorfosis. Sepanjang proses ini, ulat akan berpuasa, Ia akan membungkus dirinya dalam kepompong. Setelah beberapa lama dalam kepompong, maka lahirlah seekor rama-rama. Begitulah rama-rama, dengan piasa yang dijalaninya, ia mampu merubah wajah. Itulah makna puasa bagi rama-rama. Jadi sepanjang bulan ramadhan ini, adik-adik kenalah berpuasa ya!
Adik-adik, untuk menjadi seekor rama-rama. seekor ulat perlu menjalani proses metamorfosis. Sepanjang proses ini, ulat akan berpuasa, Ia akan membungkus dirinya dalam kepompong. Setelah beberapa lama dalam kepompong, maka lahirlah seekor rama-rama. Begitulah rama-rama, dengan piasa yang dijalaninya, ia mampu merubah wajah. Itulah makna puasa bagi rama-rama. Jadi sepanjang bulan ramadhan ini, adik-adik kenalah berpuasa ya!
Sumber: Ana Muslim isu 54
Thursday, August 12, 2010
Halusnya!
Adik-adik pernah melihat kabus, bukan? Biasanya, kabus muncul pada awal waktu pagi atau selepas berlaku hujan lebat pada waktu tengah malam membawa ke subuh. Tahukah adik-adik titisan kabus itu amat seni atau halus, sehingga 7 bilion titisan kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh sahaja.
Sumber: Kuntum isu November/Disember
Eh! Betulkah begitu?
Adik-adik sering mendengar atau melihat di kaca televisyen tentang kejadian gempa bumi, yang berlaku di seluruh dunia. Tahukah adik-adik, sebenarnya menurut kajian planet Bumi yang kita duduki ini mengalami 50 ribu kali gempa bumi setiap tahun? Ee....Takutnya!
Sumber: Kuntum Novenber/Disember 2009
Sumber: Kuntum Novenber/Disember 2009
Wow,lajunya
Adik-adik pernah naik 'roller coaster'?Memang menakutkan bagi sesiapa yang belum pernah menaikinya kerana ia bergerak berpusing-pusing, pada kelajuan yang tinggi. Itulah sebabnya kita sering terdengar jeritan dan pekikan daripada mereka yang menaikinya.Namun,tahukah adik-adik 'roller-coaster' yang paling pantas di dunia ialah yang terletak di West Millen,Pennsylvania,Amerika,dengan kelajuan 129km/ 1jam!Wow,memang dahsyat tu
Sumber :Kuntum November/Desember 2009
Sumber :Kuntum November/Desember 2009
Wednesday, August 11, 2010
KEPENATAN BERPUASA (3)
Adakah adik-adik pun penat berpuasa macam Upin & Ipin? Insyaallah, penat pun ada ganjaran pahalah dari Allah. Ikutilah cerita seterusnya...
DUGAAN BERPUASA (2)
Bulan puasa ini memang banyak dugaan. Lihatlah bagaimana gelagat Upin dan Ipin menjalani ibadah puasa pada hari pertama. Adik-adik berpuasa tak hari ini?
SELAMAT BERPUASA (1)
Selamat menyambut bulan Ramandhan. Mari kita saksikan bagaimana gelagat Upin & Ipin bila bersahur.
Thursday, July 29, 2010
Thursday, July 1, 2010
Kambing haiwan ternakan
Kambing adalah sejenis haiwan mamalia, membiak secara melahirkan anak dalam jumlah satu hingga tiga ekor. Kambing menyusukan anaknya dan dipelihara untuk tujuan ternakan.
Kambing diternak di kawasan beriklim sederhana seperti di Malaysia. Terdapat juga spesis kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit yang dipanggil kambing gurun dan merupakan spesis yang dilindungi.
Kambing haiwan pemakan daun yang meragut rumput atau memakan pucuk tumbuhan. Seekor kambing dewasa boleh makan sehingga empat hingga lima kilogram rumput sehari.
Selain diternak untuk mendapatkan daging, susu kambing juga diproses untuk pelbagai produk yang lain seperti susu. Susu kambing sangat berkhasiat jika dibandingkan dengan spesis ternakan yang lain seperti lembu atau unta. Susu kambing yang sesuai untuk semua lapisan umur. Susu kambing mempunyai protein, enzim, vitamin D untuk menguatkan tulang dan vitamin A yang baik untuk mata.
Pada masa ini, susu kambing semakin dikormersialkan dengan penghasilan bahan-bahan kosmetik seperti sabun, syampu, krim muka dan lain-lain.
Sumber: Celik isu 43
Kambing diternak di kawasan beriklim sederhana seperti di Malaysia. Terdapat juga spesis kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit yang dipanggil kambing gurun dan merupakan spesis yang dilindungi.
Kambing haiwan pemakan daun yang meragut rumput atau memakan pucuk tumbuhan. Seekor kambing dewasa boleh makan sehingga empat hingga lima kilogram rumput sehari.
Selain diternak untuk mendapatkan daging, susu kambing juga diproses untuk pelbagai produk yang lain seperti susu. Susu kambing sangat berkhasiat jika dibandingkan dengan spesis ternakan yang lain seperti lembu atau unta. Susu kambing yang sesuai untuk semua lapisan umur. Susu kambing mempunyai protein, enzim, vitamin D untuk menguatkan tulang dan vitamin A yang baik untuk mata.
Pada masa ini, susu kambing semakin dikormersialkan dengan penghasilan bahan-bahan kosmetik seperti sabun, syampu, krim muka dan lain-lain.
Sumber: Celik isu 43
Wednesday, June 30, 2010
Air oh Air.
Dianggarkan lebih 2.5 bilion manusia di seluruh dunia menghadapi masalah bekalan air bersih. Setiap hari dianggarkan dua juta tan bahan buangan tercemar di buang ke dalam pengairan di seluruh dunia. Kira-kira 1.5 juta kanak-kanak mati setiap tahun kerana penyakit disebabkan kualiti air yang tidak sempurna.
Sumber : Asuh isu 07
Tuesday, June 29, 2010
Khasiat kismis
Kismis merupakan sumber antioksidan yang baik, tinggi kalori, mengandungi potassium, serat dan fruktos iaitu sumber tenaga semula jadi tang baik. Ia juga mengandungi bahan yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria di dalam perut sekaligus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi. Hmm...elok makan banyak-banyak!
Sumber: Asuh isu 07
Sumber: Asuh isu 07
HALAL atau HARAM?
Sebagai sebuah negara Islam, setiap produk makanan di negara kita mesti ada logo halal pada pembungkusnya . Ini untuk memberi jaminan produk tersebut halal dimakan oleh orang Islam. Cuba adik-adik lihat betul-betul pada pembungkus makanan ringan yang adik-adik suka makan, ada logo halal? Kalau ada, syabas kerana adik seorang yang teliti dengan apa yang adik-adik.
Sumber: Asuh isu 07
Sumber: Asuh isu 07
Kesiannya...
Setiap minit kira-kira tiga ekor jerung dibunuh. Ini bersamaan seratus juta ekor dibunuh setiap tahun oleh kumpulan nelayan di seluruh dunia yang mahukan siripnya untuk dibuat sup. Sup sirip ikan jerung amat digemari oleh orang Jepun dan Cina. Kesian... hanya nakkan siripnya seekor jerung perlu dikorbankan . Zalim kan?
Sumber: Asuh isu 07
Sumber: Asuh isu 07
Wednesday, June 23, 2010
KISAH NABI ADAM (BAHAGIAN 1)
KELUARGA NABI ADAM a.s & HAWA
Di bumi, Nabi Adam a.s dan Hawa menjalani kehidupan seperti yang kita lalui sekarang. Mereka berdua bekerja keras untuk mencari rezeki. Tambahan pula Hawa telah selamat melahirkan pasangan kembar yang pertama bernama Qabil dan Iqlima.
Setahun kemudian, Hawa melahirkan pula pasangan kembar kedua yang diberi nama Habil dan Labuda. Nabi Adam a.s dan Hawa sangat menyayangi semua anak-anak mereka. Hampir setiap tahun, Hawa dan Nabi Adam a.s dikurniakan pasangan kembar.
Adik-adik, dari sinilah bermula kehidupan manusia di bumi ini.
BERSAMBUNG.......
Setahun kemudian, Hawa melahirkan pula pasangan kembar kedua yang diberi nama Habil dan Labuda. Nabi Adam a.s dan Hawa sangat menyayangi semua anak-anak mereka. Hampir setiap tahun, Hawa dan Nabi Adam a.s dikurniakan pasangan kembar.
Adik-adik, dari sinilah bermula kehidupan manusia di bumi ini.
BERSAMBUNG.......
Saturday, June 19, 2010
Pelangi

Selepas hujan, kadang-kadang kita boleh lihat jalur-jalur yang berwarna-warnidi langit. Itulah pelangi! Mama kata, pelangi terhasil apabila cahaya terbias melalui titik-titik air yang ada di udara. Pelangi mempunyai tujuh warna. Merah, jingga, kuning,hijau,biru,indigo dan ungu. Adik-adik nak lihat pelangi di hari yang cerah tak? Berdiri membelakangi matahari dan semburkan air ke arah cahaya mataahari. Okay adik-adik, selamat mencuba.
Isu:Sayang Muslim 3o
Makanan ringan memudaratkan

Pasti ramai adik-adik yang gemar makan gula-gula, coklat dan aiskrim bukan? Adik-adik, makanan ringan yang adik-adik makan ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Makanan ringan tidak mengandungi sebarang khasiat malah mendatangkan kesan negatif unuk jangka masa panjang. Kandungan gula, garam, bahan pewarna dan pengawet yang tinggi dalam makanan ringan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kerosakan gigi, obesiti dan kanser. Sebelum adik-adik membeli makanan ringan, fikirkanlah keburukan tentang makanan ringan. Pilihlah makanan berkhasiat yang menyihatkan tubuh badan!
Sumber: Ana Muslim isu 52
Penguin bapa misali.

Penguin adalah makhluk Allah SWT yang unik dan comel. Adik-adik, tidak seperti makhluk lain, hanya penguin jantan yang akan mengeramkan telur. Penguin betina akan bertelur dan meninggalkannya kepada kepada penguin jantan. Sepanjang tempoh pengeraman, penguin jantan tidak akan makan da minum sehingga telur menetas.
Sungguh besar pengorbanan penguin jantan. Dalam cuaca yang amat sejuk, penguin jantan tidak akan pernah meninggalkankan telurnya. Begitu sabar bapa penguin menjaga anaknya sehingga lahir di dunia ini. Itulah contoh pengorbanan bapa kepada anak-anaknya. Tidak Allah SWT jadikan sesuatu perkara tanpa sebab. Renungkanlah dan ambillah pengajaran daripadanya.
Fakta menarik:
- Penguin adalah spesis burung
yang tidak boleh terbang tetapi
boleh berenang.
- Penguin mengawan dua kali setahun.
Info:
- Setiap penguin memiliki warna putih
di sebelah dalam dan warna gelap
di sebelah luar tubuhnya yang
bertindak sebagai bentuk
penyamaran.
Sumber: Ana Muslim isu 52
Friday, June 18, 2010
KISAH NABI ADAM (BAHAGIAN 2)
Korban Putera Nabi Adam a.s
Bersambung......
Sumber: Sayang Muslim isu 35
Allah memberi petunjuk kepada Nabi Adam a.s. mengenai perkahwinan anak-anaknya. Qabil harus berkahwin dengan Labuda iaitu kembar Habil. Sedangkan Habil dikahwinkan dengan Iqlima, adik kembar Qabil. Qabil tidak bersetuju kerana Iqlima lebih cantik daripada Labuda. Iblis mula menguasai fikiran Qabil supaya menolak petunjuk yang disampaikan ayahnya. Demi meleraikan pembalahan mereka adik-beradik, Nabi Adam a.s. menyuruh puteranya melakukan ibadat korban kepada Allah SWT. Korban yang diterima Allah SWT, berhak memilih pasangan hidup masing-masing. Lalu, Habil mengorbankan kambingnya yang besar dan sihat. Manakala Qabil mengorbankan buah-buahan yang busuk dari hasil pertaniannya.
Bersambung......
Sumber: Sayang Muslim isu 35
Wednesday, June 16, 2010
Salji

Salji akan turun di negara-negara yang mempunyai musim sejuk. Adik-adik tahu apa itu salji? Salji adalah air yang beku. Salji terhasil apabila titisan air yang turun dari awan menjadi beku dan membentuk seakan kristal. Salji biasanya berbentuk heksagon, iaitu mempunyai enam penjuru yang sekata. Bentuknya juga berbeza-beza dengan yang lain. Cuba adik-adik bayangkan ais kacang. Haa... Begitulah salji. Menarik, kan?
Sumber: Sayang Muslim isu 34
Tuesday, June 15, 2010
What do snail eat?
The smallest bird in the world.
How heavy is the human heart?
First woman telephone operator.

On 1 September 1878, Emma Nutt became the first woman telephone operator in America. She started working for the phone company as an attempt to replace the teenage boys who were taking on the job. She ended her career 33years later. Since 1900, many women chose to be phone operators in order to open up more room for work opportunities.
Sumber: Princess isu 5
Why do people blush?
Keep your tootbrush from bacteria!
How fast can an ostrich run?
How do grasshoppers hear?
Sunday, May 30, 2010
CARA TIDUR IKAN LUMBA-LUMBA YANG UNIK
MENGAPA EKOR KANGGARU BESAR?
PETIR
Petir akan muncul sewaktu hujan.Adik-adik nak tahu macam mana petir terjadi?
Petir terjadi apabila awan yang mempunyai elektron negatif bergeser dengan elektron positif.
Petir boleh menghasilkan kuasa elektrik untuk negara sebesar Amerika Syarikat. Oleh itu,ibu selalu berpesan agar kami duduk di rumah apabila waktu hujan.
Hmm..adik-adik pun ya? Jangan keluar bermain sewaktu hujan.
Sumber: Sayang Muslim Isu March 2010
BINATANG TERBANYAK DI BUMI
BULAN

Adik-adik suka tak tengok bulan pada waktu malam? Cantikan ?
Cahaya bulan juga terang.Tapi adik-adik tahu tak yang bulan tidak mengeluarkan cahaya. Cahaya bulan berasal daripada pantulan cahaya matahari.Bulan bergerak mengelilingi bumi dan bulan tidak mempunyai udara tau! Oleh itu, tiada sebarang bunyi pun yang boleh didengari di bulan. Disebabkan putarannya mengelilingi bumi, bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah bumi yang mengelilingi matahari.
Sumber: Syang Muslim Isu April 2010
Otot Ulat Bulu
Asal Usul Nama Rafflesia

Nama bunga Rafflesia diambil sempena nama Stamford Raffles, pengasas Singapura. Rafflesia merupakan bunga terbesar di dunia yang dijumpai oleh Stamford Raffles ketika beliau memasuki hutan hujan di Malaysia.
Sumber:Disney Princess Isu 27
TAMBAHAN INFO OLEH UMMU ZIZA
Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Walaupun mengambil masa 9 hingga 15 bulan untuk mekar, jangka hayat bunga rafflesia hanya tujuh hari sebelum mati.
Bunga ini hanya tumbuh di Borneo dan Sumatera, ditemui Stamford Raffles beberapa kurun yang lalu.Bunga ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong untuk melihat dari dekat keunikan bunga Rafflesia.
BAHAYA DI SEBALIK KECANTIKAN RAFFLESIA
Sila baca di sini
Aaaa-chOOMMM ! , ALHAMDULILLAH!!!

Pernahkah adik-adik terbersin?
Sudah tentu kan, kerana setiap manusia pasti akan terbersin. Kita terbersin ketika cuaca sejuk, terhidu bau wangi, habuk dan sebagainya. Tahukah adik-adik ketika kita bersin, kelajuannya boleh mencapai 160 kilometer sejam, iaitu lebih laju daripada kelajuan seekor harimau bintang. Apabila terbersin, kita pasti akan memejamkan mata, jika tidak mata kita boleh terkeluar!
Sumber: Disney Princess Isu 27
Subscribe to:
Posts (Atom)